Di Optometris Anggun, kami komited untuk membawa kepada anda inovasi terkini dalam teknologi penjagaan mata. Memperkenalkan Airdoc alat saringan mata berkuasa AI yang mampu mengesan kondisi kesihatan mata dalam hanya beberapa saat. Sistem pengesanan retina berkuasa AI (Artificial Intelligence) yang mampu mengenal pasti lebih 35 jenis penyakit mata serius dalam masa beberapa saat dengan ketepatan lebih 95%*.
Saringan retina boleh memberikan maklumat tambahan tentang kesihatan mata, terutamanya bagi individu yang mempunyai faktor risiko tertentu.
Kenali golongan yang digalakkan mendapatkan nasihat profesional mengenai pemeriksaan retina.

Diabetes boleh menyebabkan perubahan pada salur darah retina. Pemeriksaan retina secara berkala penting untuk membantu mengenal pasti tanda retinopati diabetik dan komplikasi berkaitan.

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan perubahan pada salur darah retina. Pemeriksaan mata dapat membantu mengenal pasti tanda tertentu yang memerlukan penilaian lanjut.

Peningkatan usia boleh dikaitkan dengan perubahan kesihatan mata. Pemeriksaan berkala membantu memantau keadaan retina dan penglihatan.

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit mata tertentu digalakkan mendapatkan nasihat tentang pemeriksaan yang bersesuaian dengan tahap risiko masing-masing.

Penglihatan kabur atau perubahan penglihatan mungkin memerlukan pemeriksaan mata. Optometris boleh membantu menentukan jenis pemeriksaan dan rujukan lanjut yang diperlukan.

Walaupun tidak mengalami masalah penglihatan, pemeriksaan mata berkala dapat membantu anda memahami keadaan kesihatan mata dengan lebih baik.
Dengan hanya satu imbasan fundus retina tanpa sentuhan, Airdoc dapat mengesan tanda-tanda awal pelbagai penyakit mata yang berbahaya dan sering tidak menunjukkan simptom awal.

*Pemeriksaan ini pantas, tidak menyakitkan & tidak invasif.

Dengan hanya satu imbasan fundus retina tanpa sentuhan, Airdoc dapat mengesan tanda-tanda awal pelbagai penyakit mata yang berbahaya dan sering tidak menunjukkan simptom awal.
*Pemeriksaan ini pantas, tidak menyakitkan & tidak invasif.






Kebanyakan masalah retina berkembang secara senyap dan hanya dikesan apabila kerosakan sudah berlaku. Dengan saringan awal menggunakan Airdoc, anda boleh:
Jangan tunggu sehingga gejala muncul. Ambil langkah proaktif untuk melindungi penglihatan anda hari ini.

Airdoc ialah pemeriksaan mata pantas tanpa sentuhan yang menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk mengesan lebih 30 jenis masalah kesihatan dan mata melalui imbasan retina.
Pemeriksaan ini sesuai untuk semua, terutamanya:
Ya, ia 100% selamat, cepat, dan tidak menyakitkan. Tiada titisan mata atau proses pengembangan anak mata diperlukan.
Ya, temujanji disarankan untuk memastikan kelancaran dan mengurangkan masa menunggu. Anda boleh hubungi Cawangan Optometris Anggun yang terdekat untuk membuat tempahan slot pemeriksaan.
Pemeriksaan Mata AI Airdoc ditawarkan di semua cawangan Optometris Anggun. Sila hubungi Cawangan Optometris Anggun yang terdekat untuk maklumat lanjut.
Jangan tunggu simptom muncul. Dapatkan saringan retina AI Airdoc di Cawangan Optometris Anggun yang terdekat dan ambil langkah bijak dalam penjagaan mata anda hari ini.