Optometris Anggun

Optometris Anggun ialah destinasi persinggahan untuk cermin mata berkelas yang diadun dengan keanggunan. Ia dibina di bawah konsep penyelaman dalam budaya seni estetika Melayu dengan sentuhan kesederhanaan. Tawaran perkhidmatan pemeriksaan penglihatan lengkap bersulamkan peralatan berteknologi terkini juga tersedia di Optometris Anggun.

Reka Cipta Terkini

Optometris Anggun menyediakan pelbagai jenis reka cipta produk yang merangkumi cermin mata optik sehingga cermin mata hitam mengikut “trend” terkini. Produk yang dikeluarkan telah diterapkan dengan elemen daya tarikan moden seperti ciri-ciri keunggulan yang unik, anggun dan eksklusif. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam reka cipta bingkai cermin mata kami termasuklah bahan plastik, logam dan titanium yang berkualiti tinggi, ringan dan tahan lasak.

Cermin mata geometri merupakan antara reka bentuk cermin mata “trend” terkini kerana ia sesuai dipadankan dengan hampir semua bentuk wajah seterusnya menjadikannya sebagai gaya fesyen yang eksklusif. Optometris Anggun bukan hanya sekadar menyediakan cermin mata dengan berbagai pilihan bentuk dan jenama, tetapi memastikan pelanggan memiliki bantuan penglihatan yang juga boleh bertindak sebagai aksesori untuk pemakainya.

Perkhidmatan Pemeriksaan Penglihatan Profesional

Di Optometris Anggun, perkhidmatan pemeriksaan penglihatan komprehensif ditawarkan iaitu pemeriksaan mata secara lengkap dan menyeluruh. Peralatan pemeriksaan mata berteknologi terkini yang tersedia di kedai fizikal kami boleh membantu pelanggan untuk mengesan pelbagai jenis masalah mata dan mengenalpasti puncanya. Pelanggan-pelanggan kami disyorkan untuk mendapatkan pemeriksaan mata secara berkala oleh Optometris yang berdaftar bagi menghindari penyakit mata kronik atau buta.

Sesungguhnya, nilai penglihatan itu adalah sangat penting bagi mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Pemeriksaan mata merupakan langkah pertama yang disarankan oleh Optometris Anggun untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan mata. Gangguan penglihatan boleh mempengaruhi individu, tidak kira usia sama ada dewasa mahupun kanak-kanak.

optic model 2.jpgDSC03352.jpgDSC03212.jpgDSC03212.jpg