Pemeriksaan Retina Berasaskan AI

Tepat, Cepat & Tanpa Rasa Sakit

Lindungi mata anda dengan teknologi terkini!

Di Optometris Anggun, kami komited untuk membawa kepada anda inovasi terkini dalam teknologi penjagaan mata. Memperkenalkan Airdoc alat saringan mata berkuasa AI yang mampu mengesan kondisi kesihatan mata dalam hanya beberapa saat. Sistem pengesanan retina berkuasa AI (Artificial Intelligence) yang mampu mengenal pasti lebih 35 jenis penyakit mata serius dalam masa beberapa saat dengan ketepatan lebih 95%*.

Bagaimana Airdoc Berfungsi?

Dengan hanya satu imbasan fundus retina tanpa sentuhan, Airdoc dapat mengesan tanda-tanda awal pelbagai penyakit mata yang berbahaya dan sering tidak menunjukkan simptom awal.

airdoc asset

*Pemeriksaan ini pantas, tidak menyakitkan & tidak invasif.

airdoc gadget

Bagaimana Airdoc Berfungsi?

Dengan hanya satu imbasan fundus retina tanpa sentuhan, Airdoc dapat mengesan tanda-tanda awal pelbagai penyakit mata yang berbahaya dan sering tidak menunjukkan simptom awal.

Antara kondisi yang boleh dikesan

*Pemeriksaan ini pantas, tidak menyakitkan & tidak invasif.

Apa Yang Boleh Dijangkakan

retina

Pemeriksaan ringkas imbasan retina

Laporan automatik

Laporan automatik dari sistem Airdoc dalam beberapa saat

profesional oleh optometris.png

Penjelasan profesional oleh optometris berdaftar

rawatan atau pencegahan

Saranan rawatan atau pencegahan, jika diperlukan

Airdoc test
optic test

Kenapa Pengesanan Awal Itu Kritikal?

Kebanyakan masalah retina berkembang secara senyap dan hanya dikesan apabila kerosakan sudah berlaku. Dengan saringan awal menggunakan Airdoc, anda boleh:

Jangan tunggu sehingga gejala muncul. Ambil langkah proaktif untuk melindungi penglihatan anda hari ini.

Soalan Lazim airdoc

Soalan Lazim

Apakah itu Airdoc?

Airdoc ialah pemeriksaan mata pantas tanpa sentuhan yang menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk mengesan lebih 30 jenis masalah kesihatan dan mata melalui imbasan retina.

Siapa yang sesuai untuk menjalani Airdoc?

Pemeriksaan ini sesuai untuk semua, terutamanya:

  • Pesakit diabetes atau tekanan darah tinggi
  • Individu berumur 40 tahun ke atas
  • Mereka yang mempunyai sejarah keluarga masalah mata
  • Sesiapa yang ingin melakukan pemeriksaan awal untuk kesihatan
Adakah ia selamat?

Ya, ia 100% selamat, cepat, dan tidak menyakitkan. Tiada titisan mata atau proses pengembangan anak mata diperlukan.

Adakah saya perlu buat temujanji?

Ya, temujanji disarankan untuk memastikan kelancaran dan mengurangkan masa menunggu. Anda boleh hubungi Cawangan Optometris Anggun yang terdekat  untuk membuat tempahan slot pemeriksaan.

Di manakah saya boleh mendapatkan pemeriksaan ini?

Pemeriksaan Mata AI Airdoc ditawarkan di semua cawangan Optometris Anggun. Sila hubungi Cawangan Optometris Anggun yang terdekat untuk maklumat lanjut.

temujanji

Bertindak Sekarang – Sebelum Terlambat

Jangan tunggu simptom muncul. Dapatkan saringan retina AI Airdoc di Cawangan Optometris Anggun yang terdekat dan ambil langkah bijak dalam penjagaan mata anda hari ini.