Nikmati 360° Advanced Primary Eye Care (APEC) secara PERCUMA, hanya di Optometris Anggun! Kami menyediakan pemeriksaan mata menyeluruh untuk memastikan tahap kesihatan mata anda berada dalam keadaan terbaik.
Program saringan ini dikendalikan oleh Optometris bertauliah menggunakan teknologi diagnostik moden, bagi mengenal pasti pelbagai jenis masalah penglihatan dan gangguan mata dari peringkat awal lagi.
Melalui 8 langkah pemeriksaan utama, kami akan menilai aspek penting seperti tekanan mata, ketajaman penglihatan, kesihatan bahagian hadapan mata, tekanan dalaman mata, dan kesihatan retina. Memberikan anda gambaran penuh tentang status kesihatan mata anda.




















Pemeriksaan mata secara berkala penting untuk kesan awal dan rawatan segera — sayangi mata anda, cegah sebelum parah.
Saringan awal boleh mencegah kerosakan mata kekal, menjimatkan kos rawatan jangka panjang, dan mengekalkan kualiti hidup anda.
Lebih awal dikesan, lebih tinggi peluang untuk rawatan yang berkesan.


360 APEC ialah pemeriksaan mata menyeluruh yang menilai kesihatan mata dan penglihatan anda secara keseluruhan. Ia menggunakan peralatan diagnostik terkini untuk mengesan masalah mata yang biasa serta memberikan gambaran lengkap tentang kesihatan mata anda.
Pemeriksaan ini sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya mereka yang mengalami penglihatan kabur, sakit kepala, ketegangan mata, atau mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit mata. Ia juga digalakkan bagi individu yang belum membuat pemeriksaan mata selama setahun atau lebih.
Pemeriksaan mata di APEC biasanya mengambil masa antara 30 hingga 45 minit, bergantung pada jenis ujian yang dilakukan.
Ya, pemeriksaan mata di APEC sesuai untuk kanak-kanak, terutamanya untuk mengesan masalah penglihatan sejak awal.
Ya, temujanji disarankan untuk memastikan kelancaran dan mengurangkan masa menunggu. Anda boleh hubungi Cawangan Optometris Anggun yang terdekat untuk membuat tempahan slot pemeriksaan.
Kunjungi Cawangan Optometris Anggun yang terdekat atau tempah slot pemeriksaan percuma anda sekarang!